Wednesday, June 14, 2006

PUTERA UMNO : Satu Catitan Perjalanan




Dari Selangor Ke Terengganu memperkenalkan Putera
Catitan Ketiga

28 Mac 2005
Setelah semuanya selesai diperingkat pengurusan parti. Majlis Tertinggi sudah meluluskan penubuhan Putera. Logo rasmi Putera pun telah dilancarkan. Saya yang diberi amanah oleh Pemuda UMNO tidak perlu menunggu lama untuk menggerakan jentera Putera.

Bagi memperkenalkan Putera kepada ahli–ahli Pemuda terutama diperingkat akar umbi, Putera UMNO menggerakkan siri lawatan ke negeri-negeri. Selangor menjadi destinasi pertama. Bertempat di bangunan UMNO Selangor di Shah Alam kehadiran 20 dari 22 ketua pemuda bahagian dengan lebih 200 ahli pemuda merupakan petunjuk awal penerimaan putera di peringkat negeri.

Apatah lagi dengan kehadiran YAB Menteri Besar, Dato Seri Mohd Khir Toyo membayangkan putera adalah harapan pemimpin terhadap generasi muda dalam UMNO.

8 April 2005
Dari Selangor Putera bergerak ke Pulau Pinang. Tanggal 8 April 2005 bertempat di Hotel Vistana Bayan Baru 12 dari 13 Ketua Pemuda Bahagian dengan hampir 200 ahli-ahli Putera hadir untuk mendengar taklimat Putera. Sambutan yang diterima membayangkan bahawa Putera UMNO yang diilhamkan oleh Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bukan kerja main-main.

14 April 2005
Dari Pulau Pinang krew Putera terbang ke Kota Kinabalu. Pada tarikh 14 April 2005 bertempat di Berjaya Palace Hotel Kota Kinabalu kehadiran 22 daripada 25 ketua pemuda bahagian bersama 230 ahli Putera seluruh negeri Sabah.

15 April 2005
Balik dari Sabah saya bersama Jawatankuasa Putera terus bergegas ke Kelantan. Pada tarikh 15 April 2005 seramai 13 dari 14 Ketua Pemuda Bahagian di Kelantan turut hadir. Bertempat di Sutera Inn Hotel Kota Bharu hampir 150 ahli-ahli Putera UMNO hadir

18 April 2005
Dari Kota Bharu Putera UMNO menjelajah ke negeri Perak Darul Ridzuan. Bertempat di Bagunan UMNO Negeri Perak pada 18 April 2005 seramai 230 ahli Putera dengan ditemani 20 dari 24 ketua Pemuda Bahagian seluruh negeri Perak.

25 April 2005
Dari Perak, Putera UMNO ke Johor. Pada tarikh 25 April 2005, bertempat di Dewan Putera Air Hitam seramai 25 dari 26 ketua pemuda bahagian seluruh negeri Johor hadir. Hampir 200 ahli-ahli Putera yang hadir untuk mendengar taklimat yang diberi.

28 April 2005
Dari Johor Jawatankuasa Putera UMNO berpatah balik ke Kuala Lumpur untuk bersama dengan Pemuda Pahang. Pada tarikh 28 April 2005, tingkat 28 PWTC, taklimat bersama Pemuda Pahang diadakan. Seramai 13 dari 14 ketua pemuda bahagian bersama 50 orang ahli putera turut hadir.
“Dateline” yang diberi oleh Datuk Hisham agar taklimat di peringkat negeri mesti dilengkapkan dalam bulan Mei telah hampir ke penghujung. Ini disebabkan tarikh pelancaran Putera UMNO di Stadium Hang Tuah Melaka telah diputuskan pada 19 Jun 2005.

1 Mei 2005
Dari Johor kami terbang ke negeri Kedah, negeri saya sendiri. Pada tanggal 1 Mei 2005, walaupun Hari Pekerja dan merupakan hari cuti umum, namun seramai 200 ahli Putera hadir dalam taklimat tersebut.

Dari Kedah kami bergerak ke Perlis. Pada tarikh yang sama lebih kurang jam 8.00 malam taklimat diadakan di Putera Palace, Kangar. Hampir 120 ahli Putera hadir dengan kesemua pimpinan Pemuda Bahagian turut hadir.

Sebelum itu, pada sebelah petang saya dan jawatankuasa Putera mengunjungi Menteri Besar, YAB Datuk Seri Shahidan Kassim di kediaman beliau. Dalam pertemuan tersebut Menteri Besar menyatakan sokongan kepada kewujudan Putera UMNO. Terima kasih Dato Seri Shahidan Kassim.

10 Mei 2005
Dari Kedah dan Perlis kami berpatah balik ke Wilayah Persekutuan. Pada tanggal 10 Mei 2005 bertempat di Kelab Darul Ehsan Ampang, seramai 150 ahli Putera Wilayah Persekutuan hadir bersama 12 dari 13 ketua-ketua Pemuda Bahagian.

15 Mei 2005
Dari kawasan tengah kami mengunjungi negeri Melaka, pada 15 Mei 2005. Memandangkan Melaka juga akan menjadi tuan rumah kepada pelancaran Putera peringkat nasional, YAB Ketua Menteri Dato Seri Mohd Ali Rostam turut hadir dalam taklimat tersebut. Seramai 100 ahli Putera bersama 5 dari 6 ketua pemuda bahagian hadir sama.

16 Mei 2005
Dari Melaka kami bergerak ke Negeri Sembilan. Pada tarikh 16 Mei 2005 bertempat di Pejabat UMNO Negeri seramai 150 ahli Putera bersama 7 ketua pemuda bahagian Negeri Sembilan hadir.

Berada diperingkat ini saya sudah menarik nafas lega. Dimasa yang sama kami sudahpun mendapat tarikh taklimat di Terangganu.

27 Mei 2005
Pada tarikh 27 Mei 2005 bertempat di Primula Hotel, Kuala Terengganu, seramai 200 ahli putera bersama kesemua 8 ketua-ketua pemuda bahagian hadir. Sambutan yang diterima amat membanggakan.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home