Wednesday, June 14, 2006

PUTERA UMNO : Satu Catitan Perjalanan



Misi Melahir Putera Cemerlang, Gemilang Terbilang

Catitan Dua...

18 Mac 2005
Pada 18 Mac 2005 logo Putera UMNO telah dilancarkan secara rasminya oleh Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia YB Dato’ Sri Hishammudin Tun Hussein di Pusat Dagangan Dunia Putra.

Tujuan Putera UMNO Malaysia ditubuhkan adalah untuk melahirkan generasi Muda Melayu yang berkeperibadian unggul bagi memulakan gerak kerja untuk mendekati golongan muda melayu yang berumur 25 tahun ke bawah dan merancang program yang bersesuaian dengan kehendak serta inspirasi mereka.

Struktur asas logo ialah dari rekabentuk Pucuk Rebung iaitu ikon simbolik bagi remaja yang bakal menjadi ahli dan penggerak Putera UMNO dalam perjuangan memartabatkan Bangsa Melayu menjadi bangsa Cemerlang, Gemilang dan Terbilang.

Pucuk rebung tersebut membentuk Tanjak dan Kubah. Tanjak melambangkan perjuangan dan ketuanan melayu. Kubah pula melambangkan agama yang bercirikan Islam Hadhari manakala warna merah merupakan warna rasmi UMNO dan melambangkan perjuangan UMNO dari dahulu hingga sekarang.

Aliran perubahan warna ( tone ) dari cerah ke gelap pula menggambarkan proses kematangan ahli Putera UMNO dalam Perjuangan memartabatkan agama, bangsa dan Negara.

24 Mac 2005
Tanggal 24 Mac 2005 mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO pada petang itu, telah meluluskan penubuhan Putera UMNO Malaysia. Ini bermakna ahli pemuda yang berumur di bawah 25 tahun secara automatik berada di bawah Putera UMNO.

Putera UMNO di tubuhkan bagi memastikan generasi Muda Melayu menghayati sejarah perjuangan pemimpin UMNO dulu, kini dan selamanya.Mengatur serta menyusun program–program yang bersesuaian dengan golongan muda supaya hasrat dan matlamat program tercapai semaksima mungkin. Menanam sikap kebanggaan, kesetiaan serta patriotik kepada negara dan membudayakan nilai–nilai murni dalam penghidupan generasi muda melayu.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home